top of page
Writer's pictureNihaba

Tiada tawaran untuk percepatkan giliran haji-TH

5 November

KUALA LUMPUR: Tabung Haji telah memaklumkan tidak pernah melantik mana-mana pihak, organisasi atau orang perseorangan sebagai perantara, orang tengah atau ejen dalam hal berkaitan tawaran haji mahu pun pakej haji.


Selain itu, Tabung Haji menasihati orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran membabitkan haji, termasuk dana bagi mengerjakan haji.


Dalam satu kenyataan, Tabung Haji berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pendeposit yang mereka menerima tawaran pogram haji melalui panggilan telefon bagi membolehkan mereka menunaikan haji dengan lebih cepat.


Tabung Haji mnenjelaskan bahawa tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk urusan berkaitan haji, termasuk untuk mempercepatkan giliran.


Giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran, yang mana yang mendaftar dulu akan diberi keutamaan.


Orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.-BH

コメント


bottom of page