top of page
  • zaman

Tidak bubar DUN bukti PAS berprinsip


KUALA LUMPUR,14 OKT: Keputusan PAS untuk kekal tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasainya membuktikan PAS sebagai parti berprinsip.


Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Dr Balachandran Gopal Krishnan, berkata PAS kekal dengan pendirian yang menganggap pilihan raya dalam masa terdekat adalah tidak wajar.


Katanya, keputusan itu juga dibuat kerana mempertimbangkan bebanan yang perlu dipikul rakyat apabila perlu keluar mengundi semasa musim banjir.


“Bagaimana kerajaan akan mengatur kedudukan anggota keselamatan dalam situasi ini? Adakah mereka semua perlu bekerja untuk pilihan raya dalam masa sama perlu selamatkan mangsa banjir?” katanya ketika ditemui Harakahdaily, petang semalam.


Menurutnya, beliau melihat keputusan untuk tidak membubar DUN itu sebagai satu langkah PAS mengurangkan bebanan serta kerja-kerja lain melibatkan proses pengundian sepanjang tempoh itu.


Katanya, PAS amat berharap keadaan kembali tenang sebelum membuat keputusan mengadakan pilihan raya.


Walaupun pilihan raya diadakan dalam situasi begini, beliau berharap rakyat dapat memenuhi tanggungjawab memilih pemimpin pada hari mengundi.


“Pastikan semua rakyat pergi undi, jangan bazirkan undi, kalau kita tidak mengundi, bereri kita mungkin meletakkan pemimpin yang tidak ada potensi untuk memimpin.

“Jangan kita tidak mengundi, kemudian kita salahkan orang lain nanti,” katanya.

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page