top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Tidak perlu wujud satu lagi Timbalan Speaker

7 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan tiada keperluan mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, pada masa ini.


Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kewujudan dua Timbalan Dipertua Dewan Rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perkara 57 (1)(B) Perlembagaan Persekutuan sudah memadai bagi tujuan menjamin kelicinan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.


Katanya, peruntukan Perkara 57 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Ahli Dewan Rakyat mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat pada masa ketiadaan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua juga memadai, bagi tujuan menjamin kesempurnaan perjalanan mesyuarat.


Katanya, tiada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menambah satu lagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.


"Cadangan pindaan Perlembagaan ini memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

bottom of page