top of page
newsatmy

TKB Buat Laporan Polis Berhubung Isu Penghinaan Institut Diraja

30 Mei 2021

Tular satu video Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni yang memuat naik satu video di laman youtube rasminya yang berbaur hasutan dan menghina Yang Di-Pertuan Agong.


Iswardy pada Jumaat lalu memuat naik video secara live berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar dalam Setahun Ini.


Dalam video tersebut beliau mengeluarkan kenyataan mendakwa Yang Di-Pertuan Agong seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19.


"Tuanku tahu tak apa yang sedang berlaku disekeliling kita sekarang ni? Tuanku? Tuanku tahu tak? Tuanku dah bangun ke belum? Tahu la dalam istana tu makan minum tidur semua sedap-sedap Tuanku,"


"Tuanku, saya ni bawa suara rakyat.Tuanku tak mahu cakap apa apa ke Tuanku,"


"Janganlah asyik bagi kenyataan 'Dengan ini Beta merasakan bahawa kita hendaklah duduk di rumah', kenyataan tu hari-hari Muhyiddin cakap, Tuanku,"


Itu antara isi yang dikatakan beliau menerusi video live di laman youtube nya.


TKB BERSATU Sri Gading, Batu Pahat, Zulkipli Bin Md. Daud, telah membuat laporan polis berhubung dengan kes penghinaan kepada Institut Raja-raja Melayu.


Laporan tersebut telah dibuat pada 29 Mei 2021 di Balai Polis Daerah Batu Pahat .


"Saya berharap dengan laporan ini, perkara-perkara yang sebegini tidak akan berlaku lagi," katanya.


Sementara itu, TKB bagi seluruh parlimen bercadang akan membuat laporan polis di daerah masing-masing berhubung isu tersebut.


Namun, Iswardy Morni telah ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Berkelas pada Sabtu, kira kira jam 11 malam di kediamannya di Kajang.


Buat masa ini, bukannya masa yang sesuai untuk bermain politik dan menaikkan kemarahan rakyat.


Dengan peningakatan kes positif yangs semakin naik, sama-sama kita memberi kesedaran untuk patuh SOP dan mendaftar vaksin.


Gabungan TKB Johor telah memberhentikan sementara aktiviti berkaitan politik dan akan membantu warga kawasan masing-masing untuk kempen kesedaran patuh SOP dan pendaftaran vaksin agar wabak ini segera kembali normal dan ekonomi negara dapat dipulihkan kembali.




--PN Online.


Comentarios


bottom of page