top of page
  • newsatmy

Tokyo 2020: Emas pertama milik penembak China

24 Julai 2021

Yang Qian muncul pemenang pingat emas pertama Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penembak dari China itu memenangi acara 10 meter air rifle di sebalik menunggu tembakan terakhir bagi memastikan emas menjadi miliknya.


Atlet berusia 21 tahun itu ketinggalan di belakang Anastasiia Galashina, yang mewakili Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC), 0.2 mata memasuki percubaan terakhir di Lapangan Menembak Asaka, tetapi Galashina gagal melakukan bidikan cemerlang apabila meraih 8.9 mata.


Yang memerlukan sekurang-kurangnya 10 mata dalam setiap tembakan, tetapi 9.8 cukup untuk meraih pingat emas dengan rekod Olimpik 251.8 sementara Galashina meraih 251.1.


Nina Christen dari Switzerland meraih gangsa dengan 230.6 mata.


Kommentarer


bottom of page