top of page
admin

TPM Ahmad Zahir tiba di Kelantan untuk lawatan kerja sehari


RANTAU PANJANG, 15 Dis- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kelantan sempena rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu. Beliau yang tiba sekitar pukul 8.30 pagi turut diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad. Sebaik tiba di Pasir Mas, beliau diberi taklimat persiapan dan situasi semasa banjir oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, Hazmi Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, IR Kamal Mustapha di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Timbalan Perdana Menteri kemudian bergerak ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok di sini bagi melawat penduduk terjejas banjir. Seramai 544 penduduk terjejas banjir daripada 149 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan yang mula dibuka sejak Ahad lalu melibatkan beberapa kampung sekitar mukim Gual Periok di sini. Dalam siri lawatan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk beramah-mesra dan menyampaikan kit bantuan makanan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada penduduk terjejas di PPS tersebut. Merujuk portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 2,019 penduduk terjejas banjir dicatatkan di Kelantan membabitkan pembukaan tujuh PPS, setakat pukul 11.00 pagi. Timbalan Perdana Menteri seterusnya ke PPS SK Tok Deh bagi meneruskan rangka lawatan kerja beliau. PPS SK Tok Deh menempatkan 712 penduduk terjejas daripada 226 keluarga

Comments


bottom of page