top of page
  • newsatmy

Treler terbalik, trafik sesak 4km selepas Terowong Menora


IPOH, 12 Okt- Sebuah treler membawa muatan kayu terbalik di KM265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini hari ini.


Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) , insiden itu menyebabkan kesesakan trafik sejauh 4.2 kilometer sehingga menyebabkan kesemua lorong terhalang.


"Semua lorong masih terhalang, trafik terhenti dan sesak sebelum masuk ke Terowong Menora ke Ipoh Utara.


"Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan melalui susur keluar ke Kuala Kangsar," menurut LLM.


Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di lokasi kejadian.


Tular beberapa gambar dan video menunjukkan lori berkenaan terbalik dengan serpihan papan berselerak atas jalan raya sehingga menyebabkan laluan terhalang.


Pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian turut berkongsi video dan gambar mengenai kejadian tersebut menerusi media sosial.- BERNAMA

bottom of page