top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

TSMY turun Melaka bukan untuk bercuti

31 OKTOBER 2021

Kecoh di media sosial apabila ada yang berkata bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pergi ke Melaka untuk bercuti.


Walhal, beliau bukan bercuti ke Melaka tetapi TSMY turun untuk beberapa pertemuan rasmi Majlis Pemulihan Negara.


Beliau juga berkesempatan solat Maghrib berjemaah di Masjid Jamek Al- Kauthar Kg. Umbai, Melaka dan TSMY penuhi hasrat jemaah yang meminta beliau mengimamkan solat.


Tiada Program Politik atau bercuti seperti yang diperkatakan sesetengah netizen.


Sementara itu, Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sedang seronok bercuti.


Beliau memilih Melaka sebagai lokasi percutian beliau hari ini kerana negeri ini memiliki banyak destinasi untuk dilawati selain mempunyai ramai kenalan lama.


"Saya bercuti, melancong dan jumpa kawan-kawan lama," katanya.


Program percutian dimulakan dengan membeli barangan basah seperti ikan dan sayur di Pasar Terbuka Pantai Puteri sebelum minum pagi bersama peniaga serta penduduk kawasan berkenaan.


Najib yang diiringi Timbalan Speaker Dewan Negara yang juga Ketua Umno Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Jasin Datuk Wira Hasan Abd Rahman kemudiannya menikmati juadah asam pedas untuk makan tengah hari bersama nelayan dan masyarakat Kampung Hailam.


"Saya lihat kawasan ini memang berpotensi untuk dimajukan dan saya berpuas hati sejak kerajaan BN memerintah, nelayan di sini dapat banyak manfaat termasuk jeti, kemudahan letak bot dan lampu.


"Ini menunjukkan dasar kerajaan BN memang mengubah keadaan hidup di sini dan dalam pada itu, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, berjaya mengubah keadaan di sini," katanya.


Najib juga dijadual menikmati cendol di Kampung Tengah, Bukit Rambai petang ini serta membeli-belah di sebuah pasar raya di Taman Nirwana, Klebang.


Pada sebelah malam pula, Najib makan malam bersama penduduk di Batang Tiga serta beramah mesra dengan pengunjung 'Down Town' Dataran 1Malaysia, manakala pagi esok pula, beliau akan bersarapan bersama penduduk Sungai Udang.


Memandangkan PRN Melaka bakal berlangsung tidak lama lagi, adakah ini sebahagian daripada taktik kempen beliau untuk memikat hati rakyat?

bottom of page