top of page
  • StrangePlay

Tuchel terima khabar positif

24 Disember 2021

PENYERANG Chelsea, Romelu Lukaku dan pemain sayap, Callum Hudson-Odoi nyata melegakan pengendalinya, Thomas Tuchel menjelang pertemuan menentang Aston Villa pada Isnin selepas disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19.


Kedua-dua pemain itu sebelum ini terlepas dua perlawanan iaitu ketika menentang Brentford dan Wolves akibat dijangkiti Covid-19.


"Apa yang saya faham ketika ini, pasukan ketika ini memerlukan keputusan negatif Covid-19, dan ujian yang dilakukan kepada Lukaku, Hudson-Odoi dan Ben Chillwell kesemua mereka negatif virus itu.


"Chilwell mungkin tidak terlibat dalam perlawanan menentang Aston Villa tetapi lagi dua pemain itu akan bersama kami.


"Tapi kami perlu melihat tahap kecergasan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan bermain menentang Villa," katanya.


Sebelum ini kedua-dua pemain itu dilihat sedang menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain.


Dalam pada itu meskipun Tuchel mengakui ia satu berita gembira buat pasukan, namun dia tidak mahu terlalu seronok memandangkan anak buahnya akan bertemu dengan sebuah pasukan yang kuat.


Justeru beliau perlu meneliti terlebih dahulu sama ada pemain-pemainnya yang sebelum ini dijangkiti virus Covid-19 bersedia untuk diturunkan atau tidak.


"Ia perlawanan Liga Perdana Inggeris yang agak sukar buat pasukan kerana mereka akan bermain di salah satu tempat yang susah untuk mengutip mata.


"Berita ini memang baik,tapi saya tidak mahu terlalu seronok kerana saya perlu lihat situasi mereka terlebih dahulu," katanya.



Artikel Penuh : sinarharian


bottom of page