top of page
  • newsatmy

Tuduhan PKR pengudi giat menukar alamat mengundi ke Selangor tidak berasas.

14 Mac


Pakatan Harapan (PH) telah mula merasai kepanasan gelombang kebangkitan rakyat, khususnya orang muda, yang menyokong Perikatan Nasional (PN) sehingga membuat kenyataan yang memperlihatkan ketakutan dan kelemahan gabungan yang kini disertai UMNO.

Serentak itu, PAS Selangor menolak tuduhan bahawa pengundi di Terengganu dan Kelantan kini menukar alamat tempat tinggal mereka untuk membuang undi di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan beberapa bulan lagi.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata tuduhan Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin bahawa sejumlah besar pengundi PAS di Kelantan dan Terengganu sedang giat menukar alamat mengundi mereka ke Selangor, adalah tidak berasas.

Menurutnya Adzman juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang tindakan pengundi dari kedua-dua negeri berkenaan untuk menukar alamat mereka.

Roslan memberi beberapa sebab tuduhan pengundi di Kelantan dan Terengganu sedang menukar alamat tempat mengundi, tidak berasa, antaranya: “Kebebasan dan ketelusan SPR sebagai badan mengurus dan mengendalikan.proses demokrasi berparlimen di Malaysia tidak pernah dipertikaikan. Malah mereka sentiasa menambah-baik kaedahnya sehingga hari ini muncul sebagai pengurus pilihan raya antara yang terbaik di rantau ini. “Datang pegawai PKR ini mempertikaikan cara SPR berkerja. Operasi SPR cukup canggih di waktu ini, tiada mana-mana warganegara yang layak mengundi boleh mengundi di dua tempat berlainan dalam satu Pilihan Raya Umum (PRU). “Kedua kalau pun betul tuduhan beliau ini apakah ada bukti ? Ada bukti mereka yang tukar alamat ke Selangor tu sebelum ini mengundi PAS di Kelantan dan Terengganu sebagaimana dakwaan beliau. Jangan cakap kalau tiada bukti. “Ketiga yang lebih lucu tidakkah beliau (Adzman) sedar bahawa Kelantan, Tetengganu dan Selangor hanya punya PRU-15 Parlimen sahaja tempoh hari. Tiada PRN, sekarang baru mahu PRN. “Lantas mana ada undi dua kali? Rakyat Malaysia berhak mengundi untuk Parlimen dan DUN (kecuali Wilayah Persekutuan) sekali setiap penggal PRU, apa masalah?,” katanya dalam kenyataan hari ini (14 Mac 2023).

Sehubungan itu, Roslan mengingatkan pemimpin PH supaya tidak mencipta cerita sesuka hati kerana ia hanya akan mencerminkan betapa lemah dan longgarnya parti berkenaan.

Menurutnya kenyataan itu juga jelas menunjukkan bahawa PH mula merasai riak-ria gelombang kebangkitan rakyat yang akan membadai Selangor tidak lama lagi. “Taburlah apa yang mampu konon untuk menggagalkannya. Insya-Allah rakyat Selangor khasnya pengundi Melayu cukup matang dan tidak sabar mahu buat perubahan,” katanya.


bottom of page