top of page
  • newsatmy

Tun M penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia

8 Mac 2021

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi individu tertua pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19.


Menerusi perkongsian catatannya di Twitter, Ahli Parlimen Langkawi berusia 96 tahun itu berkata, beliau memilih untuk disuntik bersama kumpulan kedua petugas barisan hadapan.


“Sebagai warga emas, saya ingin mengajak bukan sahaja yang berumur seperti saya tetapi juga rakyat yang lebih muda untuk turut bersama divaksin apabila tiba giliran nanti.


“Usaha ini perlu kita sokong,” katanya selepas menerima suntikan vaksin itu di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Kompleks Sukan Langkawi (KSL).


Mahathir berharap lebih ramai individu diberi vaksin selepas ini bagi membantu usaha mengekang wabak Covid-19.


“Alhamdulillah, selepas suntikan saya tidak berasa apa-apa yang luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin turut memaklumkan Mahathir merupakan penerima vaksin tertua di Malaysia, setakat ini.


“Kita galakkan lebih ramai warga emas untuk mendaftar bagi fasa dua untuk program vaksinasi,” katanya.

bottom of page