top of page
  • cik skod

Twitter tidak akan muflis, kata Elon Musk


WASHINGTON : Ketua Twitter, Elon Musk mengesahkan platform media sosial itu tidak lagi berada 'di laluan pantas menuju muflis', lapor dpa


Namun, beliau berkata masih banyak yang perlu dilakukan tetapi secara keseluruhan segalanya dalam keadaan baik.


"Kami mempunyai perbelanjaan munasabah yang terkawal, jadi syarikat tidak lagi berada dalam laluan pantas untuk muflis. Ia umpama roller coaster... tetapi secara keseluruhan kelihatannya menuju ke arah yang lebih baik."

Jutawan itu pada awalnya memberi amaran mengenai Twitter mempunyai prospek muflis hanya beberapa minggu selepas beliau mengambil alih platform media sosial.


Dalam e-mel pertama kepada pekerja pada November, beliau menulis, "Selepas membeli Twitter bernilai kira-kira AS$44 bilion pada penghujung Oktober, beberapa perubahan drastik dilakukan sambil memberi tumpuan kepada kebebasan bersuara. Kemudian syarikat kehilangan separuh daripada 100 pengiklan utamanya yang membentuk sebahagian besar pendapatan Twitter."


Sejak itu Musk berusaha menjana pendapatan termasuk mengenakan bayaran AS$8 sebulan untuk tanda semak biru Twitter (AS$11 untuk pengguna iPhone).

Comments


bottom of page