top of page
  • newsatmy

Two-State Solution : PM Bukan Pengkhianat


Penyelesaian dua negara ialah kerangka yang dicadangkan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin dengan mewujudkan dua negeri untuk dua orang: Israel untuk orang Yahudi dan Palestin untuk rakyat Palestine.

Pada tahun 1993, pemerintah Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestine (PLO) menyetujui rancangan untuk melaksanakan penyelesaian dua negara sebagai sebahagian daripada Perjanjian Oslo, yang membawa kepada penubuhan Pihak Berkuasa Palestine (PA).


Penyelesaian dua negeri yang dicadangkan oleh Perjanjian Oslo lahir dari rangkaian peristiwa bersejarah. Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, Yahudi dan Arab sama-sama menuntut hak untuk menentukan nasib sendiri di Palestine yang bersejarah. Percubaan pertama untuk memisahkan tanah pada tahun 1948 mengakibatkan negara Israel tetapi tidak ada negara Palestin, dan Tepi Barat dan Jalur Gaza masing-masing jatuh di bawah pemerintahan Jordan dan Mesir.


Menurut Astro Awani, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin menyokong idea Two-State Solution yang dimana disebut Pertubuhan Pembebasan Palestine (PLO) pada tahun 1964, sebuah kumpulan payung yang mempromosikan penentuan nasib sendiri Palestine.

Apabila ditubuhkan pada 1964, PLO berhasrat menghapuskan negara Israel melalui tindakan bersenjata. Piagam PLO pertama menekankan pemusnahan Israel, hak pulang ke Palestine serta kebebasan penduduk Palestin. Namun, PLO masa ini menegaskan penyelesaian konflik Arab-Israel melalui dua negara (two-state solution), yakni penubuhan negara Palestine bersempadan dengan Israel, dengan syarat-syarat seperti hak penduduk Palestine untuk kembali dan penetapan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestine.


Idea pemubuhan satu pertubuhan mewakili penduduk Palestine dicetuskan dalam persidangan Liga Arab Kaherah pada 1964. Dalam pemasyhuran pertubuhan menyatakan hasrat memperjuangkan "hak penduduk berbangsa Arab Palestine kembali ke tanah air suci mereka dan mengesahkan keperluan berjuang untuk membebaskan tanah air yang dirampas, keazaman menonjolkan semangat revolusi mereka serta pemobilisasian segala kebolehan, kuasa material, ketenteraan dan rohani."


Beliau berkata, ia berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestine sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestine-Israel.

Muhyiddin antara lainnya menyeru masyarakat antarabangsa, terutama sekali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), supaya bertindak tegas dan mendesak Israel untuk menghentikan segera kezaliman terbaharu terhadap rakyat Palestine.


Tidak cukup dengan itu, pada 15 Mei Muhyiddin telah menyampaikan satu perutusan khas bagi mengulangi pendirian berprinsip kerajaan Malaysia yang sentiasa konsisten memberi sokongan padu kepada Palestine dan perjuangan rakyatnya, sama ada dari segi politik, ekonomi, dan moral.


Turut dinyatakan oleh beliau adalah penegasan bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestine-Israel hanya boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.


Turut diulangi ialah pendirian Malaysia menyokong penubuhan sebuah negara Palestine yang merdeka dan berdaulat menerusi penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestine, yang dikatakan merupakan satu-satunya penyelesaian terbaik dalam konflik Palestin-Israel.


Namun, tidak semua rakyat dan negara-negara lain faham sepenuhnya akan isi kandungan Two-State Solution ini dimana Perdana Menteri kita menyokong perjanjian yang dibuat pada tahun 1964, iaitu hak penduduk Palestine untuk kembali dan penetapan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestine, menyebabkan mereka mengkritik dan melabelkan Perdana Menteri ‘Bodoh’.


Kenyataan Muhyiddin turut dikecam oleh pemimpin pembangkang seperti Presiden Amanah Muhammad Sabu, yang menyamakannya dengan tindakan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. (MalaysiaNow)


Beliau berkata sepatutnya kita berusaha menyokong hak rakyat Palestine untuk kembali ke tanah air mereka termasuk di bumi yang dipanggil Israel pada hari ini untuk menubuhkan kerajaan yang mereka mahu dan tidak ada nama kerajaan Israel di sana.


Kenyataan sebegini menampakkan betapa penuturnya tidak memahami realiti geo-politik semasa di Timur Tengah malah geopolitik di peringkat antarabangsa, malah meletakkan beliau menyimpang dari konsensus pertubuhan-pertubuhan sedunia.


Untuk makluman semua, penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1967 ini telah diterima oleh 56 buah negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).


Ia juga telah turut dipersetujui oleh 120 buah negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM).


Penyelesaian dua negara ini malah telah dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB melalui Resolusi 1397 yang diluluskan pada 12 Mac 2002 menyatakan ia meyakini visi sebuah rantau dalam mana dua negara, Israel dan Palestine, wujud dalam sempadan yang selamat dan diiktiraf.


Menyusuli kelulusan Resolusi 1397 ini adalah pengisytiharan Inisiatif Keamanan Arab melalui Sidang Kemuncak Beirut oleh Liga Arab pada 28 Mac 2002 yang menawarkan keamanan kepada Israel sebagai timbal balas kepada penerimaannya terhadap kewujudan sebuah negara Palestine yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestine.


Begitulah seterusnya sehingga penyelesaian dua negara ini telah dipersetujui oleh Perhimpunan Agung PBB, yang Malaysia adalah salah sebuah negara anggotanya, antara lainnya pada 25 Januari 2011 dan 19 November 2013.


Sejak PN mengambil-alih tampuk pemerintahan negara pada 1 Mac 2020, inilah pendirian rasmi kerajaan Malaysia seperti yang dijelaskan oleh Hishammuddin pada 15 Ogos 2020, iaitu “Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan mengulangi pendirian dipegang sejak sekian lama bahawa pembentukan negara berdaulat Palestin yang bebas melalui penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin adalah satu-satunya penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel”.


Malah, sewaktu PH memerintah Malaysia sebelum itu pun, ketika Mohamad Sabu adalah menteri pertahanan, inilah juga pendirian rasmi kerajaan Malaysia seperti yang dinyatakan Dr Mahathir Mohamad, ketika merasmikan satu persidangan antarabangsa mengenai isu Palestin di KLCC pada 28 Februari 2020.


Ayat sama yang diungkapkan oleh Muhyiddin inilah juga yang disebut oleh Dr Mahathir waktu itu, tetapi di dalam Bahasa Inggeris, iaitu “Malaysia kekal dengan pendiriannya bahawa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka melalui menerusi penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, adalah boleh diterima.”


Soalnya ialah mengapa Mohamad Sabu selaku anggota Kabinet pada waktu itu langsung tidak mempersoalkan apatah lagi membantai kenyataan Dr Mahathir ini kerana mengiktiraf kewujudan negara haram Israel seperti beliau lakukan terhadap Muhyiddin sekarang?


Pada masa yang sama, menurut artikel MINDAAIDC, jika kita lihat balik hujah Anwar Ibrahim tentang Two-State Solution pada tahun 2012, nama Anwar Ibrahim turut tercatat sebagai individu Islam yang bersetuju pengktirafan sebuah Negara Israel.


Pencetus idea ‘Two State Solution’ adalah badan yang ditaja George Soros, ICG (International Crisis Group), di mana Anwar juga salah seorang anggotanya.


Anwar Ibrahim turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.


Anwar sendiri mengaku turut hadir dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac – 24 Mac 2007, ketika membincangkan isu Israel/Palestine.


Menurut kenyataan media ICG bertarikh pada 26 Mac 2007, cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestine dengan mengikuti resolusi yang telah diputuskan oleh UN Security Council resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David peace accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) yang bermatlamat mengiktiraf sebuah Negara Israel yang sah serta diiktiraf oleh seluruh dunia, termasuk dunia Islam.


Ini cara halus, badan tajaan Soros untuk mendapatkan status sebuah ‘Negara Israel’ dengan berselindung di sebalik solusi ‘Two State Solution’.


Usul ICG adalah mencadangkan kerajaan Palestine (yang dipimpin oleh Abu Manzir/ Mahmoud Abbas dari Fatah) bekerjasama dengan Hamas supaya bersetuju menerima kemerdekaan Palestine, tetapi syaratnya mesti iktiraf Negara Sah Israel.


Malah Anwar turut mengkritik korupsi dalam PLO (kumpulan Fatah) yang menyebabkan cadangan ‘two state solution’ gagal.


Maknanya, memang sah Anwar adalah penyokong Negara Israel melalui slogan ‘two state solution’.


Jadi, secara kesimpulannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah seorang pengkhianat yang dilabel oleh parti pembangkang. Beliau juga mahukan kesejahteraan untuk penduduk Palestine dimana beliau menyokong sepenuhnya Two-State Solution yang dirangka pada tahun 1967 iaitu Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestine dan mendesak Israel untuk menghentikan segera kezaliman terbaharu terhadap rakyat Palestine.



MATHARUZAMAN BIN AHMAD

(TIMBALAN KETUA BAHAGIAN BERSATU PONTIAN)

bottom of page