Tya Arifin Ucap Takziah Atas Pemergian Vanessa Dan Suami
5 November
Pasangan selebriti Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya Febri Andriansyah maut akibat kemalangan jalan raya tengah hari semalam. Menurut media Indonesia, kemalangan tersebut berlaku di Tol Jakarta-Surabaya berhampiran Nganjuk, Jawa Tengah.
Mendapat tahu berita sedih tersebut, Tya Arifin yang juga rakan seindustri bersama kedua pasangan tersebut mengucapkan selamat tinggal atas pemergian tidak di duga itu di Instagramnya baru-baru ini.
Menurut perkongsian Tya di Insta Stories baru-baru ini, kemalangan tersebut berlaku dari Jakarta ke Surabaya, dan di fahamkan anak tunggal kepada kedua pasangan selebriti ini iaitu Gala Sky Andriansyah yang kini berusia setahun terselamat dari kemalangan jalan raya tersebut.
Salam takziah buat keluarga Vanessa dan Fedri, semoga mereka berdua tenang di alam fana.
Comments