top of page
  • newsatmy

Tya buat hal dengan Fauziah?

2 May 2021

KUALA LUMPUR: Selepas dikecam membabitkan gambar Datuk Seri Siti Nurhaliza, pelakon Tya Arifin sekali lagi hangat diperkatakan dalam laman sosial.


Ini selepas penyebaran video kekecohan yang berlaku di lokasi penggambaran drama pendek, Sesudu Kebahagiaan yang juga kempen produk keluaran syarikatnya.


Video amatur itu menunjukkan Tya memujuk dan cuba menenangkan pelakon berpengalaman itu, sekali gus mencetuskan tanda tanya terhadap apa yang berlaku.


Sesudu Kebahagiaan adalah drama pendek berdurasi lima minit yang menampilkan Fauziah sebagai watak ibu, manakala Tya pula anak.


Tya tidak menafikan, salah faham berlaku disebabkan soal bayaran sehingga Fauziah bertindak mahu pulang dan enggan meneruskan penggambaran drama pendek itu.


"Apa yang boleh dijelaskan, timbul salah faham pihak pengurusan saya dan ibu Fauziah.


Kelemahan komunikasi menyebabkan ibu Fauziah menyangkakan ini sekadar projek drama membabitkan pelajar universiti.


"Jadi, pengurus ibu Fauziah bersetuju dengan bayaran ditetapkan. Cuma, apabila sampai di lokasi penggambaran, saya dimaklumkan ibu Fauziah baru tahu projek ini membabitkan kempen drama syarikat saya.


"Ibu Fauziah meminta bayaran sewajarnya, tetapi itu haknya. Ibu Fauziah sampai tahap mahu terus pulang ke rumah," katanya kepada BH Online.


Drama pendek, Sesudu Kebahagiaan berdurasi lima minit menampilkan Fauziah Nawi sebagai watak ibu, manakala Tya Ariffin pula anak.


Tya berkata, dia risau apabila pelakon berpengalaman itu memutuskan untuk pulang.

Namun, katanya, selepas berbincang, kata sepakat diambil untuk menaikkan jumlah bayaran Fauziah.


"Apa yang terjadi di luar kawalan. Saya mohon maaf atas kesulitan dan salah faham ini. Saya sudah bertanyakan perkara sebenar kepada kakitangan yang bertanggungjawab berkongsi video ini.


"Dia tidak berniat jahat, cuma sekadar berkongsi dengan temannya. Tidak sangka, video yang dikongsi disebarkan kepada rakan-rakan lain.


"Saya sudah bersemuka dengannya dan akan ambil tindakan sewajarnya. Saya juga sudah memohon maaf kepada ibu Fauziah," katanya.


Secara peribadi, Tya berkata, cukup mengagumi dan menyenangi Fauziah, justeru merasakan sangat bertuah diberi peluang bekerjasama dengan pelakon senior itu.


-Berita Harian

bottom of page