top of page
  • newsatmy

Ucapan Dasar Pengerusi MPOC


Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, tetamu yang dihormati beserta terhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.


Selamat Pagi dan selamat datang ke Virtual Malaysian Palm Oil Trade Fair and Seminar atau POTS Digital 2021. Ini adalah satu penghormatan dan saya sangat berbesar hati memberi ucapan perasmian untuk seminar ini.


Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan matlamat utama seminar ini meskipun beliau dengan jadualnya yang padat.


Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya juga ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia untuk penyampaian pesanan khasnya.


Saya amat berterima kasih kepada tertamu kehormat, rakan-rakan industry dan ahli-ahli media kerana sudi hadir mengambil bahagian dalam Virtual Malaysian Palm Oil Trade and Seminar atau POTS Digital 2021.


Saya sangat berbesar hati dengan kehadiran anda di seminar POTS ini, walaupun banyak cabaran yang dihadapi untuk menjayakan seminar ini.


Saya bersyukur dengan berlangsungnya virtual POTS Digital seperti yang kita sedia maklum Pandamic Covid-19 tidak hanya mempengaruhi Malaysia tetapi semua negara di seluruh dunia.


Dalam keaadaan ini telah memaksa kita terutama industri kelapa sawit Malaysia untuk mengkaji dan meneliti dalam menjalankan perniagaan dengan lebih inovatif dan printis.


Malaysian Palm Oil Council telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan minyak sawit dengan kuasa internet dan alat komunikasi elektronik untuk meluaskan jangkauan melalui pendekatan maya yang inovatif ini.


Dengan sokongan yang diperolehi daripada semua pihak, termasuk penaja dan juga peserta dari dalam dan luar negara, untuk Digital Palm Oil Trade Fair Seminar, ianya bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara industry tetapi juga dalam bidang yang berkaitan.


Untuk 4 hari ini, kita sangat beruntung dengan kehadiran tetamu yang dihormati untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan mereka pada topik tertentu. Sebanyak 27 modul yang akan dbentangkan mengenai isu-isu industri kelapa sawit, persaingan dan kemajuan pemasaran, perkembangan pasaran aplikasi inovatif dalam industri sawit, aspek pemakanan, kemasukan harga pasaran kini serta ramalan harga minyak sawit.


Dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembicara kerana sudi memberi penerangan dan kepakaran mereka yang tentunya akan memberi manfaat kepada semua.


Pertama kalinya, POTS menawarkan perlbagai acara menarik seperti demonstrasi video memasak dari 11 chef antarabangsa, resepi, kuiz dan banyak lagi.


Yang berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, minyak sawit merupakan 30% daripada keseluruhan pengeluaran minyak global dan ia merupakan peranan penting dalam memenuhi permintaan dan keperluan pasaran.


Malaysia adalah pembekal minyak sawit utama dalam pasaran global, oleh itu peranan kita dalam industri ini harus kekal relevan.


Ekspot minyak sawit gobal yang dicatatkan pada 15 juta metrik tan pada tahun 2000, dan dianggarkan akan mencapai pada 50.7 juta metrik tan pada tahun 2020 dengan penggunaan minyak sawit global yang mencecah 22 juta metrik tan pada tahun 2000. Ini menunjukkan pertumbuhan sebanyak 241% dalam jangka waktu 20 tahun dan berkemungkinan akan melebihi 75 juta metrik tan pada tahun 2020.


Minyak sawit adalah pengeluar terbesar yang diperdagangkan dunia dan fleksibiliti minyak sawit tentang dalam pelbagai jenis produk makanan dan bukan makanan telah menyebabkan petumbuhan pengunaan minyak sawit yang tinggi. Ini juga disebabkan faktor pertumbuhan penduduk.


KDNK harga dan bukan hanya kepelbagaian pengunaan pelbagai pengaplikasian minyak sawit dalam sektor pemakanan. Ekstradikasi secaa meluas dalam industri makanan,minyak sawit ditampilkan secara komiditi dan sangat berpatutan jika dibandingkan dengan minyak kacang soya pesaing terdekat.


Dalam sektor bukan makanan portfolio kimia berasaskan sawit memainkan peranan penting dalam pengeluaran sabun,detergent dan produk penjagaan diri yang lain. Selain itu, minyak sawit juga digunakan dalam pelbagai produk kesihatan dan farmasitikal sebagai makanan tambahan yang mempunyai banyak manfaat dalam kesihatan.


Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, industri minyak sawit Malaysia telah melangkah jauh dan bertahun lamanya kita hadapi cabaran.Salah satu untuk memperluaskan alam lestari untuk memastikan pemulihan alam dan kita bertanggungjawab untuk menjadikan industri dan aktiviti dalam linkungan ini mesra alam.


Dengan ini, kita menangani masalah ini dengan menerapkan dasar dan garis panduan yang ketat dengan memastikan industry sawit kami mematuhi piawaian yang ditetapkan.


Dasar dasar ini merangkumi sijil mandatori minyak sawit di bawah program Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Kerajaan Malaysia dan industri minyak sawit akan terus bekerjasama untuk menjamin minyak sawit kita diiktiraf sebagai mesra alam diseluruh dunia.


Dengan ini harapan kami agar anda semua akan memanfaatkan peluang sedia ada untuk berinteraksi dan bertukar pandangan serta kami harap agar diantara anda Berjaya meraih kesempatan perniagaan yang menguntungkan ini.


Hadirin yang dihormati kami bagi pihak Malaysian Palm Oil Council (MPOC) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada tetamu kehormat, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Perdana Menteri Malaysia untuk ucapan dan juga merasmikan acara ini.


Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih pada anda kerana dapat meluangkan waktu mengambil bahagian dalam acara ini. Dan selamat maju jaya. Saya harap agar acara ini dapat memberikan pencerahan dan juga sebanyak maklumat kepada anda. Terima kasih.



bottom of page