top of page
  • newsatmy

Ukur baju di badan sendiri, kata Nazri kepada MIC


KUALA LUMPUR,20 Ogos: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menempelak sikap parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC yang mahu kerusi selamat untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.


Bercakap kepada Astro AWANI, Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.


Malah Mohamed Nazri juga menggesa Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menilai prestasi parti itu sebelum membuat tuntutan yang tidak masuk akal. "MIC kena sedar diri bahawa pengundi India lebih percaya kepada pemimpin kaum itu dalam DAP dan PKR berbanding parti mereka.

"Menuntut kerusi-kerusi yang selamat ini seolah-olah mahu mengugut UMNO, macam MIC sudah terlalu kuat untuk masuk pilihan raya.


"Kena ukur baju dibadan sendiri, jangan perasan kuat tetapi hakikatnya masih tidak diterima oleh kaum sendiri.

"Jangan cuma mahu kerusi selamat tetapi tidak buat kerja dan harapkan jentera UMNO semata-mata untuk menang," katanya.


Baru-baru ini, Vigneswaran memberitahu, MIC bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada PRU15 dan perkara itu telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk dipertimbangankan.


Beliau berkata, cadangan berkenaan melibatkan bukan hanya kerusi tradisi MIC tetapi juga kawasan yang mempunyai peratusan tinggi untuk parti itu menang.


Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menegaskan, MIC sudah terkubur tanpa sokongan UMNO dan pengundi Melayu di Tapah.


Tegas beliau, disebabkan masyarakat India sudah tidak mempercayai MIC, maka kerusi yang sebelum ini milik BN kini sudah berpindah ke tangan Pakatan Harapan (PH).

“Sepatutnya mereka (MIC) kena sedar bahawa pengemis tidak boleh memilih. Ini bukan masa untuk meminta ihsan dari mana-mana pihak tetapi kena tahu kekuatan sendiri.

“Saya desak pemimpin BN dan UMNO tidak melayan permitan dari MIC ini”, katanya lagi.

Comments


bottom of page