top of page
Writer's pictureMatha Ahmad

UMNO belum pasti bersama PN dalam PRN melaka

6 Oktober 2021

MASJID TANAH: UMNO belum membuat sebarang ketetapan rundingan bersama Perikatan Nasional (PN) Melaka bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.


Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, sebarang rundingan kerusi hanya boleh dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri, namun kelulusan tertakluk kepada keputusan di peringkat Pusat.


“Belum kita fikirkan lagi (rundingan bersama PN Melaka), malam ini baru bagi semangat pada anak buah.


“Saya dah beritahu pada semua, kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh) kita ada banyak jalan.


“(Ada) jalan yang dah siap dengan batu tar, jalan grewel atau pun jalan masih becak-becak terpulanglah jalan mana nak ikut,” katanya.


Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata demikian selepas memberikan kata-kata semangat kepada pimpinan Badan Perhubungan UMNO Melaka di sini malam tadi

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.


Petang tadi, Pengerusi PN Melaka Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen menawarkan rundingan dengan UMNO bagi menghadapi PRN dengan bersikap terbuka untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru

Comments


bottom of page