top of page
  • Writer's pictureNihaba

UMNO bertanding solo belum muktamad-Ahmad Maslan

23 Oktober-PONTIAN

Keputusan UMNO bertanding bersendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka belum muktamad, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kenyataan terbaharu beliau dilihat bertentangan dengan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mendakwa pendirian bertanding solo tanpa kerjasama PAS dan Bersatu diumumkannya adalah keputusan parti.


Jelasnya Ahmad Maslan, keputusan muktamad hanya akan diketahui pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti yang akan di adakan minggu depan.

“UMNO belum pun memutuskan untuk bertanding bersendirian,tunggu mesyuarat MPT

pada minggu depan termasuk kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN),” katanya menurut laporan sebuah portal.


Beliau menjelaskan ketika menghadiri Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Parlimen Pontian, di Stadium Mini Pontian.


ketika ditanya peluang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka sekiranya bertanding secara senderian , Ahmad yakin UMNO akan mampu menang besar kerana rakyat Melaka sedar,perbuatan mereka menolak UMNO ketika PRU 14 satu kesilapan besar.

“ Saya mengharapkan rakyat Melaka tidak mengulangi kesilapan lalu,” tegasnya.


Terdahulu,Zahid berkeyakinannya bahawa UMNO mempunyai potensi besar untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Kita merasakan potensi itu (kemenangan) sangat besar berdasarkan kepada permasalahan pihak yang berada di sebelah sana (pembangkang) yang tentunya mempunyai isu tersendiri.

“Tetapi kemenangan kita bukannya menunggang permasalahan orang lain. Kita bersandarkan kebolehan UMNO untuk mentadbir semula kerajaan negeri,” katanya.

bottom of page