• newsatmy

Umno Kelantan patut rujuk sumber rasmi


Elok-elok kita bermain dalam kolam, tiba-tiba nak terjun dalam air car (air longkang). Saya membaca dengan teliti Kenyataan Media Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang tular dan ada memetik di para 3.


‘Merujuk kepada kenyataan YAB Dato Menteri Besar Kelantan dalam HarakahDaily dan MalaysiaKini yang diterbitkan pada 2 Disember 2020, ‘MB Kelantan pilih perkukuh PN, tolak cadangan terikat dengan MN’. Umno Kelantan kurang jelas sama ada PAS masih ingin meneruskan Muafakat National (MN) atau sebaliknya.


Perlu diingatkan, kita jangan terlalu gopoh khususnya dalam rangka memperkukuh MN yang dibina sebelum ini. Nak buat rujukan sekali pun rujuklah sumber berita rasmi parti, takkan ambil sumber tepi jalan, lebih-lebih lagi tajuk berita dijadikan teks dalam kenyataan media. Badan Perhubungan Umno Negeri ini adalah organisasi rasmi parti, tunjukkan kepada anak-anak muda berpolitik dengan cara matang.


Kami yakin di peringkat akar umbi baik PAS, Umno mahupun BERSATU ingin melihat penyatuan orang Melayu dan Bumiputera ini terus berkekalan. Jangan kita terikut-ikut dengan beberapa kerat pimpinan parti yang ada agenda tersembunyi. Jom kita kita perkasakan MN dan pertahankan Kerajaan PN.


Baca sampai faham


Di bawah ini saya sertakan petikan ucapan YAB Ustaz Dato Bentara Kanan MB Kelantan.


“Bagi (pendapat) saya, lebih besar (gabungan) lebih baik. (Umpama) satu berkas lidi, kalau dah besar banyak guna, lebih kuat. (Jadi) Bagi saya, lebih baik kita (parti-parti Melayu Umno, PAS, BERSATU dan lain-lain) bersama. Bukan sahaja dua parti (PAS dan Umno).


“Tapi (semua) parti-parti Melayu (wajib) bersama dalam satu usaha mengekalkan kuasa (pemerintahan Melayu-Islam),” ujarnya Ustaz Ahmad ditemui media selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Kota Bharu, semalam.


Menurut Ahmad, pertelagahan antara parti-parti Melayu merugikan rakyat dan “Umno dan BERSATU telah diberi peluang oleh Allah membetulkan keadaan” itu.


Ahmad mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yang secara terbuka berkata matlamat parti itu untuk menguasai semula kerajaan – yang kini diketuai BERSATU melalui Perikatan Nasional (PN) – dengan kerjasama PAS.


USTAZ MOHD HUSHAIMI HUSSIAN

Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan – HARAKAHDAILY 7/12/2020

14 views0 comments

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by PN Online.