top of page
Writer's pictureMatha Ahmad

UMNO perlu kekal berkerjasama dengan PAS pada PRU 15 - Annuar Musa

18 Disember 2021

KOTA BAHRU-Ketua UMNO Bahagian Kereteh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya UMNO terus sombong, mengekalkan budaya yang tidak berintegriti dan berebut jawatan, maka tidak hairanlah parti itu bakal menyaksikan satu lagi kegagalan.Pengundi tidak akan teragak-agak untuk menghukum UMNO sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sekiranya parti itu tidak membetulkan kesilapan lepas.


Menurutnya, sebanyak tujuh juta pengundi muda bakal mendapat hak mengundi secara automatik pada tahun depan dengan 17,000 daripadanya melibatkan Bahagian Kereteh. Golongan muda muak dengan pemimpin berebut jawatan, mereka tidak akan sokong. Pengundi muda mahu pemimpin yang berintegriti, bersih, kesilapan-kesilapan mereka diperbaiki, kerajaan yang berprestasi dan amanah.


"Jadi UMNO jangan lepaskan peluang ini untuk membetulkan diri. Kalau UMNO masih sombong, masih mengekalkan budaya tidak berintegriti, mempertahankan kesalahan yang telah dihukum rakyat, maka rakyat tidak akan teragak-agak hukum kita sekali lagi," katanya ketika berucap pada persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kereteh, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia yakin, perkara itu juga yang berada di pemikiran ahli-ahli UMNO seluruh negara.


Beliau meminta UMNO untuk berhenti berbalah sesama sendiri, sebaliknya menggerakkan gerakan menyatupadukan orang Melay dan mahu UMNO untuk terus mengekalkan kerjasama dengan Pas.


Jelas beliau, selagi UMNO tidak berkerjasama dengan Pas dan Pas tidak berkerjasama dengan UMNO, perpaduan orang Melayu tidak lengkap, tidak sempurna Muafakat Nasional (MN) yang dibina dengan air mata, kepayahan dan kesusahan tidak seharusnya dikuburkan begitu sahaja.Tetapi beliau tiada menyebut untuk berkerjasama dengan BERSATU dalam PN.


Annuar Musa menegaskan UMNO tidak boleh 'bersendirian' dalam arena politik sekiranya ingin memperoleh kejayaan terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Encik Annuar berkata bergerak secara solo bukanlah satu formula kemenangan kepada UMNO dan beliau juga tidak mempersetujui keputusan itu sekiranya wujud beberapa pihak dalam parti yang menyuarakan pendapat untuk menolak segala perikatan yang terjalin dengan parti lain.

Comments


bottom of page