top of page
  • newsatmy

UMNO & PH: Perlu tukar dasar jika ingin Kerjasama -Penganalisis




Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Hamid berkata, UMNO perlu menukar dasar perjuangan parti sekiranya ingin menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Ini kerana ketetapan parti itu jelas menyebut mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PKR.


“Mesyuarat tergempar biro politik UMNO malam ini adalah untuk memastikan apa sahaja tindakan yang akan dilakukan UMNO di Perak akan bersesuaian dengan dasar dan ketetapan parti.


“Ini penting kerana, ketetapan parti setakat ini dengan jelas menyatakan bahawa mereka (UMNO) tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PKR.






“Saya kira, bagi membolehkan UMNO bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah membentuk kerajaan negeri Perak, maka UMNO harus mengubah dasarnya.


“Saya melihat, tekanan untuk UMNO nanti akan datang bukan sahaja daripada parti-parti yang membentuk Perikatan Nasional, tetapi dari dalam UMNO sendiri,” kata Hamidin dalam temu bual bersama Buletin AWANI hari ini.


Ini jelas apabila di media sosial, akar umbi parti itu menyatakan tentangan secara terbuka dan tambahnya lagi, ia merupakan halangan terbesar buat UMNO dalam membentuk kerajaan baharu dengan PH di Perak.


“Saya melihat, tekanan untuk UMNO nanti akan datang bukan sahaja daripada parti-parti yang membentuk Perikatan Nasional, tetapi dari dalam UMNO sendiri,” katanya.


Sekiranya UMNO berjaya membentuk gabungan baharu dengan PH, ia merupakan sebuah kerajaan yang sangat kukuh kerana mempunyai sokongan dua pertiga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), malah di peringkat persekutuan juga akan terkesan.


“Di peringkat persekutuan, pengundian untuk belanjawan masih berlangsung sehingga 17 Disember.

“Saya kira apa yang berlaku di Perak akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada penjajaran (politik) yang berlaku terutamanya dalam konteks kelulusan Belanjawan 2021,” katanya.


#UMNO #Pakatan Harapan #PH #politik #kerajaan gabungan #Barisan Nasional #PKR #DAP #Menteri Besar #Belanjawan 2021 #penjajaran politik #kerjasama #gabungan baharu #kerajaan baharu #Perak #politik perak #Hamidin Hamid


bottom of page