top of page
zaman

UMNO tak boleh bergerak solo hadapi PRU-15-Annuar Musa

5 Sept

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa membayangkan UMNO tidak boleh bergerak solo menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sebaliknya perlu bekerjasama dengan parti Melayu lain.


Kenyataan beliau hari ini sekali gus dilihat menyanggah keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa parti itu telah membuat keputusan untuk bergerak solo, dan menolak pelawaan PAS untuk bekerjasama.


Veteran politik yang menjadi Ahli Parlimen sejak 1995 yang juga Ketua Bahagian UMNO Ketereh itu berkata pendirian PAS yang meletakkan penyatuan ummah dan Melayu harus di lihat secara positif dan terbuka.


Sebelum itu,Umno membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.


Jelasnya, hasrat bekerjasama yang disampaikan PAS hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional (MN).


Kelmarin pula, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang rundingan oleh mana-mana pemimpin UMNO dengan PAS ketika ini seperti didakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.


Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) setakat ini telah membuat keputusan untuk bertanding secara solo.


Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata peranan sebagai pemimpin akan hilang daripada UMNO jika cuba menyendiri dan tidak mengutamakan peranan asas penubuhannya, iaitu sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.



Comments


bottom of page