top of page
  • admin

UMNO Tebuk atap rumah sendiri-Dr.Mohd Yadzil


AYER KEROH 30 Mac:Perikatan Nasional (PN) mengibaratkan tindakan menukar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tanpa sebab, seperti mendirikan sebuah kerajaan ‘tebuk atap’ atau ‘pintu belakang’.


Namun, apa yang menariknya ialah tindakan ‘menebuk atap’ itu dilakukan ‘penghuni rumah itu sendiri’ iaitu UMNO, apabila mahu menukar Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN-UMNO) Lendu.


Sehubungan itu PN Melaka mempersoalkan kewajaran Sulaiman ditukar memandangkan beliau kini dilihat telah mula diterima rakyat.


Pengerusi PN Melaka yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Ne­geri (DUN), Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, tindakan itu tidak ubah seperti mendirikan kerajaan negeri ‘pintu belakang’ atau ‘tebuk atap’.


“Sekarang adalah masa untuk kita sebagai wakil rakyat bekerja menyelesaikan masalah dan bukan lagi memikirkan soal siapa yang berkuasa. Kita boleh lihat Ketua Menteri sekarang sudah diterima rakyat.


“Kita tidak mahu masuk campur pertelingkahan dalaman Barisan Nasional (BN). Sekiranya menjadi kenyataan, seolah-olah mereka ini lebih memen­tingkan kuasa berbanding be­kerja untuk rakyat.


“Orang mungkin akan kata ‘tebuk atap’ atau ‘pintu belakang’ kerana tindakan ini lebih kurang sama sahaja, bezanya perebutan ini daripada parti yang sama. Saya sendiri tidak tahu apa agenda mereka untuk menggantikan kepimpinan yang baharu,” katanya menurut Utusan.

Ketika ini, Melaka ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan BN dengan barisan Exconya terdiri daripada ADUN BN.


BN Melaka mempunyai 21 kerusi daripada 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan lima kerusi dan PN dengan dua kerusi.




bottom of page