top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

UMNO tolak BERSATU dan PAS mahukan lebih kerusi di PRN Melaka - Nazri

24 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Bersatu dan PAS sepatutnya bersyukur Umno bersetuju mengagihkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kepada dua parti itu untuk ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan jelas Ahli Parlimen Padang Rengas,Nazri.


Perbincangan awal antara Umno, PAS dan Bersatu dimaklumkan dua parti itu difahamkan tidak bersetuju dengan cadangan Umno hanya ingin menyerahkan empat kerusi DUN kepada Perikatan Nasional.


Beliau juga menjelaskan, Umno tidak boleh dipersalahkan oleh Bersatu dan Pas, sekiranya parti itu memutuskan untuk bertanding secara persendirian kerana tawaran agihan kerusi itu adalah adil dan bertimbang rasa.


“Saya difahamkan Umno bersedia menyerahkan dua kerusi DUN kepada Bersatu dan dua kerusi DUN kepada PAS, tetapi Bersatu tolak kerana mereka mahu tambahan lebih kerusi pilihan raya.


“Hakikatnya di Melaka, parti berkenaan PAS dan Bersatu lemah, Bersatu hampir tiada kekuatan akar umbi bagi menghadapi PRN Melaka, Bersatu dan PAS sepatutnya berterima kasih kerana Umno masih sanggup memberikan empat kerusi DUN kepada Perikatan Nasional bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.


“Kedua-dua parti itu juga perlu menerima hakikat sebarang kerjasama PRN Melaka harus memastikan Umno menjadi ketua kerajaan negeri itu semula,” katanya dipetik Sinar Harian.


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi,sebelum ini mengulangi pendirian partinya tidak akan bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRN Melaka dan BN yakin mampu menang besar pada 20 Nov nanti berdasarkan “permasalahan” di “pihak sebelah sana” ketika ini.


Manakala Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pula berkata, pihaknya tidak boleh menunggu “rakan di sebelah sana” terlalu lama membuat keputusan sama ada mereka sedia bekerjasama atau tidak, semata-mata untuk mengelakkan pertembungan pada PRN Melaka.


Namun hubungan Umno, PAS dan Bersatu, Nazri masih berharap tiga parti itu dapat mencapai kata sepakat bagi menghadapi PRN Melaka.


“Hal ini kerana tanpa kerjasama parti-parti Melayu ini bagi mengelakkan pertembungan tiga atau lebih penjuru, usaha untuk mengekalkan kerajaan di Melaka pastinya berdepan cabaran besar.”


Akhbar itu memetik sumber Umno sebagai berkata, PAS menuntut lima kerusi dan Bersatu mahu lapan kerusi DUN sebagai syarat kerjasama dengan Umno pada PRN Melaka.

bottom of page