top of page
  • admin

Umpama burung tiung yang berkata-kata


ADA benarnya kata Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seperti burung tiung yang bercakap. Dalam pembentangan belanjawan yang lalu, Anwar menyatakan bahawa, ‘Keterlanjuran lalu yang secara gopoh meluluskan projek tebatan banjir telah dibatalkan dan kini dalam siasatan dan tindakan SPRM dan Jabatan Peguam Negara.’ https://bit.ly/41Q4lKv Pelik kerana projek yang hendak ditamatkan ini sebenarnya belum dimulakan, belum laksana, belum ada surat setuju terima dan belum ada lantikan kontraktor. Bagaimana kerajaan tiba-tiba boleh umum hendak tamat benda yang belum mula siap dapat melakukan penjimatan lagi. https://bit.ly/3kIeOqv Namun, hal ini tidak pelik bagi seorang Anwar Ibrahim kerana sejak awal pembentukan kerajaan lagi Anwar telah menggunakan kemahiran lisannya untuk membuat psywar memburukkan PERIKATAN NASIONAL. Pertama, beliau telah membayangkan sebahagian daripada dana pilihan raya PERIKATAN NASIONAL datang daripada syarikat perjudian. Katanya, ‘Selaku menteri kewangan, saya ada dokumen bukti PN ditaja syarikat judi.’

Advertisement


Namun, sehingga hari ini, bayangan Anwar itu gagal dibuktikan. Pendakwaan tidak dilakukan bahkan dokumen juga tidak dikemukakan. Kedua, Anwar membuat dakwaan bahawa adanya pelanggaran dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender pada zaman PN. “Jangan cabar kerana memang ada beberapa proses yang tidak dipatuhi.”


Kata-kata dusta Anwar kali ini disanggah oleh SPRM sendiri, ‘Siasatan awal mendapati jumlah peruntukan terbabit dianggar berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion adalah dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan. Justeru, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion.’ Sama juga, sehingga hari ini dakwaan Anwar gagal dibuktikan. Ketiga, Anwar kata, ‘Di bawah pentadbiran saya, saya tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.’


‘Pilih orang yang ada integriti. Jangan pilih orang yang mencuri.’


Namun kini Anwar jugalah orang yang telah mencipta sejarah bahawa seorang Perdana Menteri itu boleh melantik individu dengan 47 pertuduhan jenayah rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Keempat, Anwar kata, ‘Dia (Tengku Zafrul) Menteri jaga bank, bukan jaga rakyat.’


Kini Anwar jugalah yang melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kelima, Anwar kata, ‘Sekarang new generation, boleh cakap, boleh argue. Saya bukan diktator.’


Kini, Anwar jugalah jadi individu yang paling popular dalam kalangan pemimpin kerajaan suka menyaman semua orang yang tidak senada dengan beliau. Keenam, Anwar kata beliau menolak budaya kronisme dan nepotisme. ‘Bagi dekat anak dia, bini dia, anak menantu dia. Kerajaan ini harta bapak dia ke?’


“Apakah politik bermakna memperkayakan sanak saudara dan puak kita? Politik tanpa dasar menjaga kepentingan rakyat jelata?” Kini Anwar jugalah jadi individu yang mencipta sejarah seorang ayah yang melantik anaknya sendiri Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan. Perkara-perkara ini adalah pengajaran buat kita yang terlalu taksub dengan Perdana Menteri ke-10 (PMX) ini. Apa yang dikatakan oleh PMX selepas ini pasti akan diragui sama ada oleh rakyat Malaysia, penyokong parti mereka, penganalisis politik serta pelabur asing yang sentiasa memerhati dasar-dasar negara ini sehinggalah ianya dibuktikan benar. Sekian NIK NOR NADHIRAH Timbalan Exco AFC Ameerah Malaysia –

bottom of page