top of page
  • Writer's pictureNizam

Undi 18 akan merubah lanskap Politik negara


Pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pindaan Perlembagaan yang diwartakan pada 25 November lalu itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh mula berkuat kuasa.

Sebelum ini, cadangan pindaan itu sudah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, namun tidak dilaksanakan.


Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar penurunan usia pemilih kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Disember atau kerajaan boleh dikenakan tuduhan menghina mahkamah, jika gagal berbuat demikian.


Penyertaan pengundi usia 18 tahun (Undi 18) dijangka akan lebih menguntungkan Perikatan Nasional (PN) apabila ia dijangka memberi peluang sama rata kepada gabungan gabungan politik baru itu untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).


Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata golongan muda tidaklah seperti pengundi lama yang mempunyai pandangan politik keluarga atau politik tradisi.

Sebaliknya, beliau berkata, golongan muda hanya mengutamakan isu semasa dan dijangka akan memberi sokongan kepada pihak yang lebih utamakan hal ehwal mereka.


Sementara itu, Penganalisis Politik dari University of Nottingham Asia Research Institute Malaysia, Bridget Welsh, keadaan itu dapat dilihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlaku baru-baru ini apabila jumlah pengundi muda dilihat beralih dari BN dan PH kepada PN.


Dalam pada itu, Hisommudin dan Welsh menyifatkan pengundi muda terutama mereka yang tergolong dalam Undi 18 sebagai “game changer” atau penentu kepada PRU15.


Mereka berkata, kehadiran pengundi baru ini dijangka akan “memeriahkan” suasana PRU15 apabila sokongan yang bakal ditunjukkan golongan tersebut sukar diramal sekali gus mampu mencetus ketidaktentuan.

Welsh berkata, ia kerana golongan ini tidak mempunyai sifat setia kepartian dan lebih menumpukan kepada isu “bread and butter”.


Hisommudin berkata, sekiranya berlaku peralihan undi golongan ini kepada mana-mana gabungan parti politik, maka blok itu sudah hampir memiliki kemenangan.


bottom of page