top of page
Writer's pictureNizam

Undi18 dilaksana bermula 15 Disember 2021

1 Disember

KUALA LUMPUR-Kerajaan akhirnya telah memutuskan agar Undi18 dan pemilih secara automatik(AVR) boleh mula dilaksanakan berkuat-kuasa pada 15 Dis ini, Keputusan itu berdasarkan warta kerajaan yang telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.


Dengan terlaksananya pendaftaran pemilih secara automatik (AVR) itu, bermakna mana-mana rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada hari itu secara rasmi akan menjadi pengundi.


Walaubagaimanapun, tarikh berkuat kuasa yang dinyatakan oleh kerajaan tiga hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dilaksanakan.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.


Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.


Jestru itu, tidak dapat dipastikan sama ada warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 20 tahun akan dibenarkan mengundi dalam PRN Sarawak..



Comments


bottom of page