top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Untitled

18 Oktober 2021

WARNER Bros melancarkan trailer terbaharu filem superhero, The Batman yang menampilkan pelakon Robert Pattinson sebagai teraju utama filem itu.


Treler yang dilancarkan pada DC Fandome itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat-peminat DC Comics.


Bagi mereka, watak Batman yang dipegang oleh Pattinson kali ini memaparkan sisi gelap adiwira itu.


Klip berdurasi 2:55 minit itu juga turut menampilkan beberapa watak ikonik seperti The Penguin (Colin Farrel) dan Catwoman yang dimainkan oleh Zoë Kravitz.


Pembikinan filem ini sudah berjalan pada awal tahun lepas namun terpaksa dihentikan akibat penularan pandemik COVID-19.


Pada September tahun lepas, Robert Pattinson juga dilaporkan positif COVID-19, namun pihak Warner Bros tidak memberi sebarang maklum balas mengenai berita tersebut.


"The Batman" akan mula menemui peminat di pawagam pada 4 Mac 2022.

bottom of page