top of page
  • Writer's pictureNihaba

Urus Pandemik Merupakan Episod Paling Sukar Tadbir Negara – Muhyiddin

28 November 2021

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tempoh beliau menjadi Perdana Menteri ketika pandemik COVID-19 sebagai episod paling sukar dalam kerjaya politiknya hampir 50 tahun.


Muhyiddin berkata beliau diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar mengemudi negara sewaktu kemuncak pandemik COVID-19, krisis kesihatan global yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah negara mahupun dunia.


”Dan ini merupakan krisis yang kita tahu yang mengancam nyawa dan kehidupan rakyat pada skala amat besar dan yang telah berlarutan dalam satu tempoh panjang sehingga hari ini,” kata bekas perdana menteri itu ketika merasmikan pelancaran biografi bertajuk Abah Teguh Kita Bersama.


Muhyiddin, yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), berkata bersama rakan-rakan Kabinet, kerajaan ketika itu telah melakukan yang terbaik untuk menangani krisis itu, dengan keutamaan diberikan untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.


“Saya sangat sedih kerana kematian terus berlaku dan ramai yang masih terjejas oleh wabak yang belum berakhir, lebih-lebih lagi dengan ribuan tanpa pekerjaan dan berjuang,” katanya sambil menyifatkan pengalaman menguruskan wabak itu ketika dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 sebagai tidak dapat dilupakan.” kata beliau ketika merasmikan pelancaran biografi bertajuk Abah Teguh Kita Bersama.

bottom of page