top of page
  • newsatmy

Usaha bantuan vaksinasi gelandangan harus ditingkatkan

5 Julai 2021

JOHOR BAHRU – Usaha-usaha segelintir pihak untuk membantu golongan gelandangan di sekitar bandaraya Johor Bahru membantu urusan pendaftaran bagi membolehkan mereka menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK).


Ketiadaan telefon pintar selain ada antara mereka daripada kalangan warga emas menyebabkan proses pendaftaran tidak dapat dilakukan menerusi Aplikasi MySejahtera dan memerlukan bantuan daripada pihak lain bagi melakukan urusan itu.


Sementara itu, Datuk Hajah Azlinda binti Abdul Latiff berkata, pihaknya menyedari kesulitan yang dialami golongan berkenaan untuk melakukan urusan pendaftaran vaksin.


Oleh itu, beliau dan beberapa orang sukarelwan yang terlibat bersama-sama mendaftarkan vaksin untuk golongan ini sekaligus membawa mereka ke tempat pemberian vaksin (PPV).


“Saya berharap dengan adanya usaha ini, kita dapat mengekang wabak pandemik Covid-19 daripada terus menular di sekitar kita. Hal ni kerana golongan ini sangatlah terdedah kepada virus ini kerana mereka sering berada di sekitar kaki-kaki lima kedai”


Turut serta dalam usaha untuk membantu golongan gelandangan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital KPJ Johor, Encik Mohd Azhar Abdullah yang menyokong tindakan ini dan berharap agar orang ramai turut mempunyai kesedaran untuk membantu golongan ini mendapatkan vaksin


“Secara jujurnya, saya berharap agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan agar boleh mengekang penularan virus Covid-19 sekaligus dapat melandaikan keluk yang semakin hari semakin meningkat” katanya


- PN Online




bottom of page