• newsatmy

Vaksin Covid-19: Arab Saudi ke atas jemaah Haji tahun ini

3 Mac 2021

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin COVID-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini.


Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19, lapor Reuters.


"Vaksin COVID-19 adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan ia akan menjadi salah satu syarat utama haji," kata Dr Tawfiq dalam satu kenyataan.


Pada 2020, Kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.


Kerajaan Arab Saudi telah memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 17 Disember lalu melibatkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.