top of page
  • newsatmy

Vaksin COVID-19 tiba di Malaysia 21 Februari - PM

16 Februari 2021

KUALA LUMPUR: Bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari ini.


Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.


Jelas beliau, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari.


“Pada hari yang sama juga, saya akan menerima suntikan COVID-19 bersama petugas barisan hadapan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.


Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.


bottom of page