top of page
newsatmy

Vaksinasi adalah kunci utama untuk kawal Covid-19

18 Julai 2021

JOHOR BAHRU – Program Jelajah Vaksin Bergerak yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Prihatin Johor hari ini diadakan di Dewan Serbaguna Sri Stulang.


Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak ini yang diketuai oleh Datuk Hjh Azlinda Binti Abd Latif, merupakan PPV bergerak pertama seumpamanya di Johor yang dioperasikan sepenuhnya oleh NGO yang berdaftar dengan ProtectHeath dan telah mendapat kelulusan dari Covid Immunity Task Force (CITF).


Turut hadir sama bagi memeriahkan program ini, ialah Dato' Dr. Sahruddin bin Jamal yang merupakan ADUN Bukit Kepong juga merangkap penaung Prihatin Johor dan Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Batu Pahat.


Menurut Datuk Hjh Azlinda Binti Abd Latif, dengan kesedaran bahawa setiap rakyat tanpa mengira kedudukan sosial, agama dan latarbelakang kaum mempunyai hak yang sama untuk menerima perlindungan kesihatan dan nyawa, maka program ini akan diterus dan diperluaskan ke seluruh Johor dengan penumpuan diberikan kepada golongan yang menghadapi kesukaran untuk hadir ke PPV disebabkan faktor ekonomi, geografi dan sebagainya.


Hal ini termasuklah mereka dari kalangan B40, orang asli, pesakit yang terlantar di rumah, dan juga gelandangan. “Bagi mencapai maksud tersebut, Prihatin Johor ingin menyeru semua pihak yang berkemampuan untuk bersama-sama menyumbang secara sukarela kepada program ini sama ada dari segi kepakaran, tenaga kerja mahupun kewangan,” tambah beliau.


Beliau turut menyeru kepada para Doktor, Jururawat atau sukarelawan pengurusan yang berminat untuk turut serta di dalam program ini boleh menghubungi menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-5800016.


Manakala kepada individu atau mana-mana pihak yang ingin menyumbang dari segi kewangan bolehlah terus menyalurkan bantuan di akaun AFFIN BANK, No AKaun 10-175-001219-5 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN KAMI PRIHATIN NEGERI JOHOR (PRIHATIN JOHOR).


“Di sini Prihatin Johor ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah sudi bekerjasama dengan kami termasuklah Klinik Bergerak Waqaf An-Nur, Mara Liner, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Persatuan Penduduk Sri Stulang. Setinggi penghargaan juga kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MOSTI (Ministry of Science & Tehnology) , Covid Immunisation Task Force (CITF) dan ProtectHealth atas kepercayaan yang diberi.


Beliau berharap dengan adanya usaha dari pihak Prihatin Johor, program ini dapat diteruskan sehingga sasaran imuniti kelompok negara tercapai dan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan seperti sediakala mengikut norma baru.


Bersama-samalah kita bantu membantu dalam usaha menyelamatkan hidup dan kehidupan manusia. Vaksinasi merupakan kunci utama untuk mengawal Covid 19”. Jelas Datuk Hjh Azlinda Binti Abd Latif.


- PN Online

Comments


bottom of page