top of page
Writer's pictureArissa Azman

Vaksinasi pelajar Sekolah Menengah berjalan lancar

29 September 2021

JOHOR BAHRU: Petugas kesihatan melakukan suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada pelajar sekolah menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Remaja) di Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas, Skudai, Johor, semalam.


Seramai 1,500 pelajar berumur 16 hingga 17 tahun di sekolah ini menerima dos pertama vaksin tersebut bermula hari ini sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan pada Oktober ini.


Pengetua SMK Impian Emas, Tuan Sugendran A/L Kumaran mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutamanya kepada Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Putri Zon Impian Emas, Tuan Mustaqim B. Datuk Yusuf, dan juga Pihak PIBG yang sama-sama membantu pihak sekolah melaksanakan Program Vaksinasi untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 serta pelajar peralihan 1 dan 2.


"Semoga usaha sama ini akan berterusan untuk anak-anak pelajar," kata beliau.


Turut hadir Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Samsuddin B. Bahrom berkata, dos kedua akan dibuat pada 19 Oktober 2021.


Beberapa pelajar yang ditemui pula mengakui sangat gembira diberi keutamaan untuk menerima vaksin kerana tidak sabar mahu memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 3 Oktober nanti.


Malah, Ibu Bapa yang dilihat menemani anak-anak mereka juga turut menyatakan perasan gembira apabila anak-anak mereka menerima suntikan vaksin.


"Memang rasa teruja dan gembira la apabila anak kita terima vaksin, nak keluar untuk urusan penting pun dah senang selepas ini sebab dia dah lengkap dua dos, tak kena tinggal sorang dah di rumah," ujar seorang Ibu kepada pelajar yang menunggu anaknya.



コメント


bottom of page