Vandalisme conteng kereta orang awam mungkin sorang budak
8 Jan
Baru-baru ini, kecoh di Facebook tentang tindakan seorang individu yang dipercayai seorang budak telah menconteng beberapa buah kereta orang awam dengan menggunakan cat semburan berwarna hitam.
Tindakan vandalisme oleh budak tersebut telah sempat dirakamkan oleh warganet dan gambar-gambar kereta yang telah diconteng dengan perkataan kesat itu juga telah tular di Facebook setelah dikongsikan di FB group Info Berita Semasa.
Memetik laporan Kosmo, individu yang dipercayai seorang budak itu telah melakukan aktiviti vandalisme itu pada pintu kereta yang diparkir di Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Menurut Superintendan Kamarul Rizal yang merupakan Ketua Polis Daerah Barat Daya, sebanyak lima laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.
Suspek kanak-kanak itu disyaki telah melakukan vandalisme itu pada 6 Januari lalu sekitar jam 2 hingga 2.30 petang.
Salah seorang pemilik kenderaan mengatakan dia hanya menyedari bahawa keretanya diconteng dengan perkataan yang tidak baik setelah pulang dari tempat kerja di kilang berhampiran.
Ketika itu, dia ingin kembali ke rumah setelah habis kerja pada jam 5 petang.
Difahamkan lagi, pemilik kereta itu juga mendedahkan bahawa sepanjang tempoh tiga tahun dia tinggal di kawasan itu, ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
Sumber: FB group Info Berita Semasa, Kosmo
Kommentare