top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Varian Hibrid Omicron BA.1 dan BA.2 dikenali sebagai XE muncul di Thailand

6 April 2022

Thailand telah merekodkan kes pertama varian hibrid Omicron yang dikenali sebagai XE yang merupakan campuran bagi Omicron BA.1 dan BA.2.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang akan tahap jangkitan varian tersebut dan berkemungkinan varian XE lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal walaupun tahap jangkitannya masih lagi dalam kajian.

Di Britain, 637 kes varian XE dikesan dan Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) memaklumkan bahawa tiga mutasi gabungan Omicron iaitu XE, XD dan XF adalah dalam pemantauan.


Enam mutasi gabungan Omicron bagi BA.1 dan BA.2 iaitu XE, XG, XH, XJ, XK dan XL yang masih lagi dalam kajian.


Menurut UKHSA, XE adalah 9.8 peratus lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal (B.1.1.529)

bottom of page