top of page
  • newsatmy

Varian Omicron ancaman kejohanan EPL

14 Disember 2021

Kejohanan Liga Inggris (EPL) kini berhadapan ancaman penularan wabak Covid-19 sehingga menyebabkan beberapa pasukan menjalani latihan secara berkumpulan terpaksa ditunda.


Semalam, United mengesahkan Kompleks Latihan di Carrington akan ditutup selama 24 jam dalam usaha mengurangkan risiko sebarang jangkitan lagi selepas beberapa kakitangan dan pemain disahkan positif. United mengesahkan Kompleks Latihan di Carrington akan ditutup selama 24 jam dalam usaha mengurangkan risiko sebarang jangkitan lagi selepas beberapa kakitangan dan pemain disahkan positif.


Skuad kendalian Ralf Rangnick hanya mampu melakukan latihan secara individu selepas beberapa pemain dan kakitangan dikesan positif selepas saringan pada pagi Ahad dilakukan.


Namun laporan mengesahkan semua pemain dan kakitangan yang terlibat dalam perlawanan ketika menentang Norwich berkeputusan negatif ketika saringan dilakukan. Pihak Premier League .Namun tidak dapat dipastikan sama ada perlawanan Premier League menentang Brentford pada Selasa nanti akan diteruskan atau sebaliknya.


Penularan varian Omicron telah menyebabkan kenaikkan kes di UK telah meningkat sejak beberapa minggu lalu dan turut menjejaskan beberapa kelab di Liga Inggeris.

Aston Villa misalnya terpaksa membatalkan sesi latihan di Bodymoor Heath pada Ahad lalu selepas beberapa individu di dalam kelab didapati positif virus tersebut.

Perlawanan di antara Sheffield United menentang Queens Park Rangers pada Isnin terpaksa ditangguhkan selepas penularan wabak tersebut melanda kelab London itu.


QPR telah memaklumkan kepada EFL beberapa pemain dan kakitangan mereka diuji positif sehingga menyebabkan tidak cukup pemain untuk memenuhi jadual perlawanan.

Pada Rabu lalu difahamkan lapan pemain Tottenham dan lima kakitangan kejurulatihan yang bekerja di bawah arahan Antonio Conte telah diuji positif Covid-19.

Situasi tersebut telah menyebabkan perlawanan pada Ahad lalu menentang Brighton & Hove Albion terpaksa ditangguhkan.


Kelab London itu kini berisiko membatalkan perlawanan dan menarik diri daripada Europa Conference League menentang Rennes selepas perlawanan tersebut turut ditangguhkan akibat sebab yang sama,


West Bromwich Albion turut mengalami masalah yang sama apabila empat pemain pertahanan kelab itu diuji positf menjelang perlawanan Championship menentang Reading.



bottom of page