top of page
  • newsatmy

Video Zarina Anjoulie cium Iqram Dinzly dikecam netizen

6 Januari 2022

Dua nama ini sering kali terpalit dengan kontroversi sebelum ini tetapi boleh dikatakan sudah agak lama Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil Anju dan Iqram Dinzly diam menyepi.


Namun, video yang dimuat naik di Instagram MIG Online baru-baru ini mendapat perhatian dan mengundang kecaman daripada ramai netizen.


Menerusi rakaman berdurasi 20 saat itu, Anju yang berdiri rapat di sebelah Iqram bertanya kepada aktor tersebut jika dia ada kata-kata semangat untuk diberikan.


"Nak cakap hai tak pada semua orang? Ada kata-kata semangat tak?”


Apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan Anju bertanya mengapa Iqram begitu comel sebelum mencium pipi kanan aktor tersebut sebaik saja dia memberikan kata-kata semangat.


Meskipun begitu, ramai yang mendoakan agar dua selebriti tersebut diberikan hidayah dan bertaubat daripada melakukan perkara-perkara seperti itu.

bottom of page