• newsatmy

Vigneswaran pertahan jawatan Presiden MIC tanpa bertanding

27 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Tan Sri S. A. Vigneswaran mempertahankan jawatannya selaku Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu bagi penggal 2021-2024 tanpa bertanding pada pemilihan parti kali ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC Tan Sri G. Rajoo mengumumkan keputusan itu selepas Vigneswaran muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada 1 tengah hari tadi.


Vigneswaran menerima sokongan 3,620 daripada 3,808 cawangan MIC di seluruh negara.


Pada pemilihan lepas, Vigneswaran menang jawatan itu juga tanpa ditandingi.


"Saya berterima kasih kepada seluruh warga MIC dan ketua-ketua cawangan kerana memberi sokongan kepada saya untuk memimpin parti bagi masa tiga tahun yang akan datang,"

katanya selepas proses pencalonan itu di ibu pejabat MIC di sini.


- BERNAMA