top of page
  • newsatmy

Viral kisah rumah Adik Akid roboh, Ustaz Ebit Lew terus datang bantu

10 April 2022

SEMALAM, video seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik Akid yang menangis akibat rumah yang daif dan tiada sumber pendapatan tetap menyebabkan ramai yang hiba.


Masakan tidak, melihat pada keadaan tempat tinggal yang serba kekurangan itu, siapa sahaja yang tidak sebak dan tersentuh mengenangkan nasib kanak-kanak itu pada masa akan datang.

Melihat pada situasi Adik Akid sekeluarga, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tidak ketinggalan untuk turun padang dan sama-sama membantu Adik Akid serta keluarga untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa.


“Adik Akid menangis ye.. Jangan sedih. Kita ada Allah. Syukur kami akan bina rumah baru untuk Akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru. Dua jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah.


“Selepas Subuh terus keluar rumah. 7.30 pagi tadi terus fly dari Subang ke Kota Bharu. Terus ke rumah adik Akid,” tulis Ebit Lew di Instagram.


Dalam pada itu, Adik Akid turut memberitahu yang dia berasa terharu kerana Ebit Lew datang sendiri ke rumahnya dan membantu dirinya, sama seperti orang lain yang selalu menerima bantuan daripada Ebit.


“Saya orang biasa je adik. Adik orang baik. Allah sayang adik. Ramai orang ambil berat pasal adik. Semua orang sayang adik,” tulis Ebit lagi.


Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan maklum balas positif terhadap usaha Ebit Lew dalam membantu mereka yang memerlukan.


“Ustaz, saya yang menangis tengok Ustaz pergi tolong Adik Akid ni. Terima kasih atas bantuan ustaz untuk Adik Akid. Semoga Allah murahkan rezeki Ustaz sentiasa,” tulis seorang netizen.


“Ya Allah. Cemburunya aku dengan UEL. Kalau aku sekaya dia belum tentu aku dapat buat macam yang dia buat. Keep inspiring Ustaz. Allah sayang kita semua,” ungkap seorang lagi pengikut Ebit Lew.

bottom of page