top of page
Writer's pictureNihaba

VTL darat Malaysia-Singapura dibuka isnin ini

28 November 2021

ISKANDAR PUTERI: Pembukaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura akan di buka esok. Dijadualkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura Isnin ini.

Laluan darat melalui Tambak Johor,merupakan sempadan antarabangsa darat paling sibuk didunia dengan kerancakan ekonomi dua hala dan Singapura menyediakan peluang pekerjaan kepada warga Malaysia.


Bagi rakyat Singapura pula,Malaysia merupakan distinasi pelancongan yang murah dan dekat.


Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, majlis perasmian pembukaan sempadan dijalankan pada pukul 10.45 pagi.


Katanya, pembukaan semula sempadan berkenaan sangat penting buat sektor ekonomi negara khususnya Johor yang merupakan negeri berjiran.

“Ketika sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura ditutup akibat pandemik Covid-19 lalu, segala aktiviti ekonomi di pusat bandar raya Johor Bahru terhenti sehingga menjadi seperti bandar hantu.


“Namun saya bersyukur apabila kepimpinan kedua-dua negara telah bersetuju untuk berbincang dan capai kata sepakat agar pelaksanaan VTL darat dilakukan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini,” katanya, lapor Utusan Online.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Khas Rumah Johor di Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri, di sini semalam.


Majlis perasmian pembukaan VTL darat itu dijangka akan diadakan di Singapura dan turut melibatkan Perdana Menteri republik berkenaan, Lee Hsien Loong.

Comments


bottom of page