top of page
  • Writer's pictureNihaba

VTL Malaysia Singapura merentasi aspek sosio-ekonomi-Azmin Ali

28 November




KUALA LUMPUR-Hubungan Malaysia dan Singapura bukan sekadar sebagai negara yang berjiran tetapi rapat dan mesra merentasi pelbagai aspek sosio-ekonomi.


"Akhirnya, setelah Malaysia dan Singapura mencapai lebih daripada 95% kadar populasi dewasa yang divaksin, pada 8 November kedua-dua YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob & Lee Hsien Loong sepakat untuk buka sempadan kedua-dua belah Tambak.

Mereka yang lama terpisah bolehlah pulang jumpa keluarga. Aktiviti ekonomi dua hala pula bolehlah kembali rancak semula." catatan azmin diface book


Buat warganegara, mereka yang berstatus penduduk tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang kedua-dua negara, saya pasti anda tak sabar untuk menunggu 29 November. Semoga anda dapat merentasi sempadan dengan selamat untuk berjumpa semula orang tersayang.VTL-Darat dilaksanakan bertujuan memberi keutamaan kepada warganegara sama ada di Malaysia atau Singapura yang tidak dapat berjumpa insan tersayang sejak Mac tahun lalu.

"Seperti yang dinyatakan oleh rakan sejawat saya, H.E. Gan baru-baru ini, kedua-dua negara akan memantau pergerakan pelancong dengan teliti sebaik sahaja sempadan dibuka pada Isnin ini." tambah beliau

Sebagai permulaan had kuota harian hanya terhad kepada 1500 individu sahaja dan akan ditambah secara berperingkat.Hanya individu yang sudah lengkap vaksinasi covid-19 dibenarkan untuk membuat perjalanan antara Malaysia dan Singapura termasuk kanak-kanak bawah 12 tahun yang belum menerima suntikan vaksin.


Ia bagi memastikan perancangan masa hadapan, seperti peningkatan kuota harian dan meneroka sistem pengangkutan lain seperti kereta api sebagai pilihan darat sekunder.

bottom of page