top of page
  • newsatmy

Warisan tidak puas hati dengan Anwar




Kesan terhadap keputusan melulu Anwar, Warisan mengambil sikap untuk tidak menyertai sesi bantahan ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan apabila tiada seorang pun ahli parlimen Warisan hadir.


Ia telah menjejaskan peluang pembangkang menolak rang undang-undang itu yang kini dibahas di peringkat jawatankuasa dan pada masa yang sama memberi isyarat kepada ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim betapa kecewanya mereka dengan kemelut yang sedang melanda blok pembangkang itu.


Seorang ahli parlimen Warisan memberitahu, dia dan wakil lain Warisan berada di Kuala Lumpur namun bersepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian berkenaan sebagai cara "menghantar isyarat" kepada Pakatan Harapan (PH).


"Kami dah penat dengan apa yang berlaku dalam blok pembangkang.


Walaupun diakui berlaku ketidakhadiran ahli parlimen di kedua-dua belah pihak, namun ketiadaan wakil Warisan memang ketara.


"Dan buat masa ini keputusan kami ialah, kami tidak akan menyertai sesi undi belah bahagi," katanya ketika dihubungi.


Situasi itu akhirnya membolehkan rang undang-undang untuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan diluluskan selepas undi pihak kerajaan mengatasi bantahan pembangkang.


Kecewa dengan "perbalahan" berterusan yang akhirnya menyebabkan kerajaan PH jatuh dan juga rasa sangat kecewa dengan arahan saat-saat akhir Anwar semasa Belanjawan 2021 diundi untuk diluluskan pada peringkat dasar pada Khamis lalu, ujarnya tegas.


"Tanpa arah tuju yang jelas dan tanpa perpaduan yang ketara, saya tak fikir kita mampu bersaing dalam PRU akan datang.


Ahli parlimen Warisan yang tidak hadir hari ini ialah Mohd Shafie Apdal (Semporna), Rozman Isli (Labuan), Darell Leiking (Penampang), Isnaraissah Munirah Fakharudy (Kota Belud), Azis Jamman (Sepanggar), Ma’mun Sulaiman (Kalabakan), Ahmad Hassan (Papar) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).


Turut tiada dalam Dewan Rakyat ialah Chow Kon Yeow (Tanjung), Christina Liew (Tawau), Masir Kujat (Sri Aman) dan Awang Husaini Sahari (Putatan).


Pada masa sama lima wakil kerajaan juga tidak hadir iaitu Najib Razak (Pekan), Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Richard Riot Jaem (Serian) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).


bottom of page