top of page
  • zaman

Wee dakwa Deepak guna nama PMO suruh perbetul kenyataan isu telur


KUALA LUMPUR 15 Mac:Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mendakwa menerima ugutan daripada individu bernama ‘Deepak’ berkaitan isu telur import dari India.

Presiden MCA yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini berkata, individu berkenaan menelefonnya semalam dan mendakwa telah berbincang dengan ‘Pejabat Perdana Menteri’ (PMO).


Lelaki tersebut mendesak beliau membetulkan kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat mengenai isu import telur dari India.


“Saya kata apa ni? Apa yang berlaku ialah, dato speaker, apabila saya kata saya tak sebut nama syarikat kamu, tak sebut nama kamu, kenapa nak buat macam tu?

“Dia (Deepak) kata you kena buat satu statement untuk membetulkan apa (kenyataan) di Parlimen,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.


Deepak merupakan peniaga permaidani dan kenalan rapat bekas perdana menteri, Najib Razak serta isterinya Rosmah Mansor, sebelum kemudiannya lantang mengkritik pasangan itu.


Pemimpin Bersatu, Azmin Ali baru-baru ini mendakwa Deepak dianugerahkan kontrak mengimport telur dari India melalui rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.

bottom of page