top of page
  • admin

WhatsApp akan benarkan seramai 1,024 dalam 'group chat'


WhatsApp bakal meningkatkan had jumlah ahli mesej berkumpulan (group chat) kepada seramai 1,024 berbanding had seramai 512 ahli ketika ini.


Menurut laman web WABetaInfo, beberapa pengguna aplikasi WhatsApp versi beta untuk Android dan iOS mendapat akses kepada ciri tersebut bermula minggu ini.


Difahamkan, semua pengguna bakal mendapat akses kepada ciri baharu itu dalam masa terdekat.

Dengan peningkatan had itu, WABetaInfo memaklumkan bahawa WhatsApp turut sedang mengusahakan ciri-ciri baharu untuk memberi pentadbir kumpulan (admin) lebih banyak pilihan untuk menangani kumpulan besar, termasuk membina sistem kelulusan keahlian baharu.


Pada Mei lalu, WhatsApp meningkatkan had kepada 512 dalam satu group chat serta membenarkan pengguna berkongsi fail sebesar 2GB.


Ia meningkat berbanding 256 ahli dalam setiap kumpulan yang ditetapkan sejak 2016.


Astro AWANI


Comments


bottom of page