top of page
Writer's pictureArissa Azman

Yadzil Yaakub dilantik Pengerusi Badan Perhubungan BERSATU Negeri Melaka

14 Disember 2021

ADUN Bemban, Dr. Yadzil Yaakub dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan BERSATU Negeri Melaka, sebentar tadi.


Pelantikan itu telah disempurnakan oleh Presiden BERSATU Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Alhamdulillah segalanya atas perancangan Allah. Kita hanya merancang,


"Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memimpin BERSATU Melaka," ujarnya.


Dalam pada itu, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BERSATU Negeri Melaka.


"Insyaallah Bersatu Masjid Tanah akan memberi sokongan dan kerjasama baik kepada YB Dr Yadzil Yaakob selaku pengerusi badan Pimpinan Negeri," kata Mas Ermieyati.





Comments


bottom of page