top of page
  • Writer's pictureNihaba

Yang saya faham tiada kerjasama - Hamzah

Updated: Oct 31, 2021

31 Oktober 2021

AYER KEROH: “Kalau daripada apa yang saya baca, Setiausaha Agung UMNO tidak sebut pun nama parti Bersatu, jadi kalau daripada penerimaan, pemahaman kita orang biasa, maknanya tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu”.


Itu reaksi Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika diminta mengulas mengenai keputusan UMNO untuk menjalin kerjasama bersama PAS menerusi Muafakat Nasional (MN).


Beliau berkata, kenyataan dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan Khamis lalu itu jelas memberi gambaran bahawa UMNO tidak mahu menjalin kerjasama dengan partinya dalam pilihan raya itu.


Jelasnya, beliau hanya memahami maksud tersurat susulan keputusan yang dibuat UMNO itu, dan tidak memahami jika wujud maksud tersirat.


“Saya tak faham bila sesuatu dikeluarkan dalam media, yang saya faham hanya tersurat. Yang ada disitu (kenyataan media), itulah dia dan mereka mahukan okay, yang tersirat itu saya tak faham.


“Kalau dia kata itu sebenarnya macam ini atau itu, kita terpaksa bincang baru saya boleh jawab,” katanya selepas mengadakan lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, petang semalam.

bottom of page