top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Zahid didakwa gunakan isu KWSP tarik sokongan?

4 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Isu pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM10,000 merupakan salah satu isu hangat yang sentiasa dimainkan oleh ahli politik.


Terbaharu pada Rabu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu hantaran di Facebook mendakwa ada pihak gembira rakyat tidak dapat mengeluarkan wang KWSP.


“Kita faham ada pihak gembira menyaksikan rakyat kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10,000.


“Mereka fikir keadaan itu akan memberi manfaat politik buat mereka dalam berdepan PRN Melaka tidak lama lagi,” katanya.


Ujarnya lagi, mereka akan menganggap situasi itu sebagai satu kelebihan politik dalam menghadapi PRN Melaka pada 20 November ini


“Tahap kecaknaan majoriti rakyat Malaysia termasuk orang Melaka yang akan mengundi nanti tidak sama seperti tiga tahun lepas.


“Mereka juga tahu pihak manakah yang sentiasa berusaha memberi alasan demi alasan untuk menafikan hak mereka mendapatkan wang berkenaan.


“Pada hari ini, mereka tahu pihak manakah yang terus mendesak pengeluaran wang KWSP sebagai usaha membantu kelangsungan hidup rakyat.


“Maka mengapa perlu mereka menyalahkan pihak yang telah dan sedang berusaha membantu mendapatkan pengeluaran wang KWSP seterusnya?” soalnya.

bottom of page