top of page
  • Farah

Zahiril Adzim Tolak Adegan Ranjang

10 Sept

Pelakon berbakat besar , Zahiril Adzim baru – baru ini berkongsi pengalaman tentang dunia lakonan yang mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang pembabitannya dalam industri seni.


Dia mengakui pernah menolak tawaran untuk menjayakan sebuah filem daripada produksi Hollywood yang menawarkan sebuah watak tetapi ianya bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang yang beragama Islam.


Dia juga menegaskan bahawa dirinya tidak memerlukan masa untuk berfikir tentang twawaran tersebut dan terus menolak tawaran berkenaan kerana tidak mahu mempertaruhkan maruahnya.


Zahiril mengakui terkejut setelah membawa skrip yang diberikan dan tidak teragak – agak untuk menolak tawaran tersebut walaupun mempunyai hasrat untuk menjadi pelakon antarabangsa.


Malah dia menceritakan bahawa watak tersebut juga membabitkan adegan ranjang yang sememangnya tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang suami dan juga seorang yang beragama Islam.


“Beberapa tahun lalu saya ada menolak tawaran produksi Hollywood yang bertentangan dengan prinsip saya. Malah, saya juga sudah lupa akan judul filem berkenaan.”

“Apabila membaca skrip itu, saya terus ucapkan selamat tinggal kerana belum apa-apa sudah ada babak atas katil. Malah, skrip itu menuntut saya dan pelakon wanita itu berbogel separuh badan.”

bottom of page